Saturday 18 June 2011

Berkat Kesabaran

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!

Syukur tak terhingga pada Pemberi Rezeki. Syukur ya Allah. Apa lagi yang boleh aku perkatakan kecuali rasa syukur yang amat pada Allah dengan kurniaanNya yang tidak putus-putus akhir-akhir ini.


SABAR..Perkataan yang selalu kita ucapkan bila berlaku sesuatu musibah atau menunggu sesuatu yang tidak pasti. Biasanya bila berlaku pada orang lain kita akan berpesan "sabar..sabar".Tapi adakah kita lakukan sesuatu dan ucapkan perkataan tersebut bila sesuatu musibah berlaku pada diri kita sendiri.RENUNGKAN...


Oke lah, nak dijadikan cerita sebenarnya aku dah dapat LI (Latihan Industri) dekat Hospital Sungai Buloh. Dekat 3 minggu juga la aku menunggu jawapan . Mula-mula aku SENYAP je, tapi tengok gaya mcm takde USAHA je. So aku pun try call pihak Hospital, payah juga la berurusan dengan KERAJAAN ni. Susah takde 'orang dalam' ni. Kang guna 'orang dalam' kata tak adil lak tapi kalau tak guna cm ni la jadi nyaaa. Tersangat lah LAMBAT ! Merungut juga la aku, mcm-mcm perasaan ada . Sedih pun ada, aku kalau boleh mmg nk dapatkan kat situ.


Yela, aku dah dapat kedai bakery kt Kuala Selangor tapi takde elaun. Bukan la aku nak sangat elaun tu tapi untung sara diri sebagai student ni. Kalau takde duit ni SAKIT oww , haha ! So daripada tak dapat elaun baik aku pergi KERAJAAN . Confirm tak dapat elaun dan mungkin masa depan cerah . Mana la taw lepas habis belajar, apply kerja kat situ dapat ke . Insya-Allah la , hee :)


Aku tak pernah sampai Hospital Sungai Buloh ni. Tapi tengok gambar kt Google, macam pernah. Entah! Aku pun lupa aku pernah sampai ke tak. Hehe ! Ingat minggu ni nk usha area Sungai Buloh tu. Maklum la, lepas ni jadi penghuni sana. EXCITED ni ! hehe . Sambil-sambil tu nak cari rumah sewa sekali. Siapa-siapa yang sudi nak temankan aku , mai laa . hehe :) aku rasa cukup la aku ceritakan hal LI aku ni.

p/s : Ini la tempat practikal aku nanti, harap semua baik-baik saja :)

Wednesday 15 June 2011

mcFlurry Oreo

wah demam-demam pun mkn benda sejuk , BAGUS Erna ! mmg makin elok la demam tu . haha , maklum la cuaca panas tiba-tiba lalu depan mcD Klang Sentral tuu . Singgah la Drive Thru tu semata-mata beli mcFlurry , heee . Lepas rindu aku kt mcFlurry , kelmarin pergi mcD Kuala lupa nak lepas rindu. Lepas rindu kt org lain pulokkkk . Haha !


Hari ni sebenarnya plan lain, tapi jadi lain pulak . Tak kisah la , tgh hari lepas mandi tu pergi Tesco Kuala Selangor . Awal kan aku mandi ? hahaha , lepas settle hal kt Kuala Selangor aku ke Klang pulakkk. Tak settle pun hal kat Klang .


Pastu balik rumah Saujana , tidurrrr sampai kol7:30 , terlepas Nora Elena . Dah la semalam pun tak tgk , aishhh!

p/s : lapik mcFlurry tu beg baru i , hee :)

Monday 13 June 2011

Akhirnya keluar

Hari ni hari Isnin bersamaan 13 June 2011 , hari ke-5 aku cuti sem . Aktiviti untuk hari ini, pertama sekali pagi bangun macam biasa kemas rumah, basuh baju. Siap-siap mandi , lepas mandi pastu pergi kedai kereta tukar tayar kereta Vivana Bonda ku yang bocor agak teruk jugak la.


Dah selesai semua kerja yang patut aku selesaikan. Aku kejutkan membe aku sorang ni , nk pergi tengok movie. Kejutkan kol10, kemain payah nk kejut budak ni , yang berkumandang kat telinga aku ni IMPOSSIBLE IMPOSSIBLE IMPOSSIBLE IMPOSSIBLE IMPOSSIBLE . Memang tak mungkin la dia nk senang bangun. Hahaha ! Ade la 9x kot aku call , oke dia dh bangun. Then, tidur balik . Err !


Dalam kol11 suku kot aku gerak pergi Kuala Selangor , jemput Prince Charming tu depan rumah. Fon tah letak kat mana , aku msg takde respon . Call baru ankat. Oke pendek kan cerita lepas jemput Price Charming tu kiteorg g tengok tiket , tiket kol12 . Sementara nak tunggu kol12 , kiteorg g cari daun sup .Banyak jugak la aku g kedai sana sini tak jumpa . Akhirnya jumpa jugak kot , kot la . Dia yang g cari , aku duduk dalam kereta 

Cari daun sup tu makan masa gak la , ha kol12 pun g la tgk movie. Habis movie kol bapa eyh , lupa la . Lepas habis tengok movie, perut confirm lapar. Makan kt mcD Kuala Selangor . Pertama kali aku jejak situ setelah sekian lama nya benda tu membangun. Haha ! Kt mcD aku jumpa Neelam , Neelam kerja situ . Neelam adalah ex Assistan Monitor kelas aku dulu time Form5. Aku hanya mampu senyum je , senyum tak perlu kata apa-apa :)

Lepak punya lepak, lama juga la aku dgn membe aku tu makan kt situ . Penat la , sakit pinggang pun tak oke lagi. Ha jom kita balik sayang , hahah ! Ha oke , i hantar u sampai rumah k . haha . Oke balik tengok fon . Huh ! My Darling marah benar nampaknya . Sampai sini je la aku bercerita :)


p/s : Ini je yang aku ada , tak boleh tgkp gmbr lain-lain. Haha :D

Saturday 11 June 2011

Cuti Sem

Mesti di kalangan STUDENT semua suka kalau cuti sem . Boleh bantai TIDUR . haha , biasa la umur-umur sekarang ni memang tidur la paling penting , paling best . Takde bende lain yang seronok , nk keluar malas , duet pun banyak habis . Duet dh la kalau kua tu mengalir mcm air . haha . Dalam cuti sem ni ade jugak sedikit kerinduan akan berputik , terutama RINDU kt budak-budak kelas . Insya-Allah akan jumpa kembali next years, jodoh pertemuan di tgn Tuhan . Harap-harap la kita bertemu kembali , tapi tak payah tunggu next years lahh , kita leh calling-calling ajak lepak kn . Rasa nya sampai di sini kot aku membebel , sebab takde bende pun nk ckp dh . Aku bukan pandai berBLOG , jarang updates . Updates ikut mood :)

p/s: Gambar kiteorg takde HOT mana , sekadar yang ada ni sudah cukup. Aku akan rindu korg semua , terutama si geng gila-gila aku. Hee