Saturday, 18 June 2011

Berkat Kesabaran

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!

Syukur tak terhingga pada Pemberi Rezeki. Syukur ya Allah. Apa lagi yang boleh aku perkatakan kecuali rasa syukur yang amat pada Allah dengan kurniaanNya yang tidak putus-putus akhir-akhir ini.


SABAR..Perkataan yang selalu kita ucapkan bila berlaku sesuatu musibah atau menunggu sesuatu yang tidak pasti. Biasanya bila berlaku pada orang lain kita akan berpesan "sabar..sabar".Tapi adakah kita lakukan sesuatu dan ucapkan perkataan tersebut bila sesuatu musibah berlaku pada diri kita sendiri.RENUNGKAN...


Oke lah, nak dijadikan cerita sebenarnya aku dah dapat LI (Latihan Industri) dekat Hospital Sungai Buloh. Dekat 3 minggu juga la aku menunggu jawapan . Mula-mula aku SENYAP je, tapi tengok gaya mcm takde USAHA je. So aku pun try call pihak Hospital, payah juga la berurusan dengan KERAJAAN ni. Susah takde 'orang dalam' ni. Kang guna 'orang dalam' kata tak adil lak tapi kalau tak guna cm ni la jadi nyaaa. Tersangat lah LAMBAT ! Merungut juga la aku, mcm-mcm perasaan ada . Sedih pun ada, aku kalau boleh mmg nk dapatkan kat situ.


Yela, aku dah dapat kedai bakery kt Kuala Selangor tapi takde elaun. Bukan la aku nak sangat elaun tu tapi untung sara diri sebagai student ni. Kalau takde duit ni SAKIT oww , haha ! So daripada tak dapat elaun baik aku pergi KERAJAAN . Confirm tak dapat elaun dan mungkin masa depan cerah . Mana la taw lepas habis belajar, apply kerja kat situ dapat ke . Insya-Allah la , hee :)


Aku tak pernah sampai Hospital Sungai Buloh ni. Tapi tengok gambar kt Google, macam pernah. Entah! Aku pun lupa aku pernah sampai ke tak. Hehe ! Ingat minggu ni nk usha area Sungai Buloh tu. Maklum la, lepas ni jadi penghuni sana. EXCITED ni ! hehe . Sambil-sambil tu nak cari rumah sewa sekali. Siapa-siapa yang sudi nak temankan aku , mai laa . hehe :) aku rasa cukup la aku ceritakan hal LI aku ni.

p/s : Ini la tempat practikal aku nanti, harap semua baik-baik saja :)

1 comment:

Post a Comment